Friday, 6 December 2013

Car Boot Sales KINI di NEGERI SEMBILAN

Tentu sebelum ini kita dah sedia maklum tentang "Car Boot Sale" yang diadakan di Stadium Shah Alam. Tapi KINI, Car Boot Sale telah dibawa ke Stadium Paroi (STAR) Negeri Sembilan.
Program Car Boot Sale ini pertama kali diadakan di perkarangan Dataran Rukun Tetangga (B) Kedidi 3, Paroi Jaya iaitu betul-betul bersebelahan dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman (Stadium Paroi). Sehingga majlis perlancaran nanti, barulah lokasinya akan dipindahkan ke tapak parking stadium paroi.

bermula pada 14/12/2013, program Car Boot Sale ini akan berlangsung setiap hari sabtu.

Dijangka pelbagai barangan akan di pamerkan sempena majlis ekspo mini Car Boot Sale ini dan tempahan untuk menjadi peserta masih lagi dibuka untuk orang ramai memeriahkan lagi Car Boot Sale ini. Maklumat dimana hendak mendaftar bolehlah lihat pada gambar di bawah.

Semua orang dijemput hadir untuk memeriahkan program ini.

Tahniah kepada KRT (B) Taman Paroi Jaya dengan kerjasama LIVEFM Media Network kerana berjaya menganjurkan program unik ini secara bersistematik yang PERTAMA di Negeri Sembilan


No comments:

Post a Comment